Jenis Sugar Glider

Sugar Glider mempunyai beberapa jenis warna dan 2 warna umur yang kebiasaaannya ada di pasaran iaitu warna mocha dan kelabu.

Berikut diberikan jenis warna Sugar Glider untuk rujukan :-

                MOSAIC                                                                                        RING TAIL MOSAIC


        







         WHITE FACE                                                                       WHITE FACE & NORMAL



        







            CINNAMON                                                                                            CLASSIC GREY

                                                                                                                      
        BUTTER CREAM                                                                                          WHITE TIP


            LEUCISTIC                                                                                                 ALBINO
  











Tidak semua warna Sugar Glider di atas mudah di dapati di pasaran. Berkemungkinan harga juga akan berbeza-beza mengikut kepada warna setiap Sugar Glider yang mudah di perolehi atau sangat susah untuk di perolehi. Untuk makluman umum Sugar Glider ALBINO dan juga Sugar Glider jenis LEUCISTIC adalah Sugar Glider yang jarang kita lihat dan harga untuk seekor Sugar Glider jenis itu boleh mencecah ribuan ringgit Malaysia.  

Sugar Glider & Aksesori Untuk Dijual.

Bagi mereka yang meminati Sugar Glider dan ingin mendapatkan aksesori Sugar Glider, anda boleh membuat pentanyaan/tempahan bagi mendapatkan Sugar Glider dan aksesori dengan menelefon ke nombor 017-3995596 atau emailkan kepada saya di alamat rixx81@gmail.com bagi mengetahui samada saya mempunyai sebarang bekalan Sugar Glider dan aksesori untuk anda. Untuk makluman juga, penghantaran aksesori dan makanan Sugar Glider diluar kawasan juga disediakan melalui perkhidmatan Pos Laju.















Harga bagi seekor Sugar Glider Jantan : RM270.00
Harga bagi Seekor Sugar Glider Betina : RM270.00

Senarai harga barangan lain adalah seperti dibawah :-




1) Feeding : RM12.00 (100gram), RM14.00 (120gram)
    Good for your Sugar Glider.
    All the protien are now in 1 pallet.




2) Hammock : RM37.00
    Availible Colour :-
    Blue Colour.
    Red Colour.
    Pink Colour.





3) Pouch Bag (thick)  : RM40.00
    Availible Colour :-
    Purple Colour.
    Pink Colour.
    Black Colour.
    Measurements : 9'(H) x 8'(W)





4) Pouch Bag (thin)  : RM37.00
    Availible Colour :-
    Purple Colour.
    Pink Colour.
    Black Colour.
    Measurements : 9'(H) x 8'(W)





5) Tringle Tunnel : RM37.00
     Variety Design.








Anda boleh terus menghubungi saya di talian yang telah diberikan seperti diatas bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Terima kasih.

Jantan & Betina

Jantan & Betina

Sedikit informasi tentang jantan.: Bagi jantina jantan ia mempunyai kelenjar bau yang terletak di leher mereka, dada, anus, dan dahi, digunakan untuk menandakan kawasan mereka. bau ini samar dan hampir tidak terlihat ketika glider berada dalam habitat yang bersih, pada diet yang baik, dan kesihatan yang baik. jantan dewasa dapat dikenalpasti dengan adanya tempat botak, di dahi, dan kelenjar dada juga boleh dilihat. Glider dewasa akan kehilangan tempat botak mereka pada sterilisasi, seperti kelenjar bau mereka akan menjadi tidak aktif. Glider jantan mempunyai zakar bercabang yang bermaksud dibahagi dua. Penis tipis, panjang, dan pink. Glider jantan akan mencapai tempo seksual antara 4 hingga 12 bulan bergantung pada genetik, diet, dan rawatan. Perkembangan tempat botak disebabkan oleh kelenjar aroma yang aktif menandakan ia telah mencapai tahap kematangan seksual.

Jantan: Glider jantan memiliki kelenjar bau aktif pada bahagian dada, kepala, dan anus. Pasangan Glider jantan ditempatkan untuk bersama biasanya tidak digalakkan.







Sedikit informasi tentang betina.: Glider betina boleh dikenalpasti dengan pembukaan beg di perutnya. Pembukaan beg dipandang sebagai sebuah celah menegak di mana anda akan melihat pusat. Glider betina akan jatuh tempo seksualnya antara 6 sampai usia 18 bulan, bergantung pada keadaannya, genetik, dan diet. Glider betina akan mengandung antara 15-17 hari. Setelah melahirkan, bayinya akan masuk ke dalam poket ibunya. Mereka akan tetap berada di kantung ibunya sekitar 60 hingga 70 hari berikutnya. Glider betina biasanya akan berkembang biak sehingga mereka mencapai usia di antara 5 hingga 8 tahun. Glider betina juga biasanya mempunyai 1 hingga 2 bayi pada suatu masa.


Betina: Glider betina berbau kurang dari Glider jantan, kerana kelenjar baunya kurang aktif.






Pemilihan Sugar Glider



Pemilihan Sugar Glider


Apabila anda membuat keputusan untuk memiliki Sugar Glider, adalah digalakkan untuk memiliki Sugar Glider yang sudah mencapai umur 8 hingga 10 bulan. Pemilihan boleh dibuat dengan melihat kepada mata yang cerah dan bulu ekor yang lebat. Ia bererti Sugar Glider tersebut sudah bersedia untuk hidup berdikari dan tahu mencari makanannya sendiri. Setiap Sugar Glider mempunyai watak yang berasingan, sesetengah Sugar Glider hanya mendiamkan diri disebabkan persekitaran yang baru.

Satu atau Dua


Sugar Glider adalah binatang yang sosial. Kebiasaanya adalah digalakkan bagi penggemar Sugar Glider memiliki sekurang-kurangnya sepasang Sugar Glider. Ini bagi memastikan Sugar Glider anda tidak bersendirian,  dan harus DI INGAT bahawa Sugar Glider adalah binatang yang sosial dan mempunyai keinginan untuk bermain bersama - sama Sugar Glider yang lain. Ini adalah tanggungjawab yang perlu diketahui oleh penggemar Sugar Glider di luar sana.

Perasaan ingin bersama dengan pasangan, berinteraksi, bermain termasuk tidur di tempat yang hangat bersama adalah habitat semulajadi Sugar Glider. Jikalau ia tinggal bersendirian di dalam sangkar, ia akan membawa kepada kebosanan dan ia juga akan menjadi tidak aktif. Perlu diingat jangan terlalu memberikan makanan yang berlebihan kepada Sugar Glider anda jikalau ingin melihat Sugar Glider anda aktif. Pemakanan mereka perlu dijaga supaya mereka tidak menjadi Obesiti. Hanya mampu makan dan berdiam diri tanpa ada perasaan untuk bermain-main di dalam sangkar yang anda beli.

Info Tentang Sugar Glider

Adakah anda penggemar Sugar Glider ??? Mari kita sama-sama berkongsi pendapat atau pandangan terhadap binatang kesukaan ramai ni ...




Class: Mammalia
Subclass:Marsupialia
Order:Diprotodontia
Suborder: Phalangerida
Superfamily: Petauroidea
Family: Petauridae






General Info:


Sugar Glider ni berasal dari Australia, dan ia juga ada di sebahagian kecil wilayah di Indonesia dan Papua New Guinea. Mereka ini tidak ada kaitan dengan tupai terbang dan dianggap binatang eksotik di Amerika Syarikat. Spesis Sugar Glider sememangnya aktif di malam hari dan akan tidur pada siang hari.

Dari mana nama Sugar Glider di perolehi : Nama mereka berasal dari dua ciri-ciri mereka yang jelas. Mereka amat menyukai manisan yang manis seperti Gula dan Madu.

Bagaimana rupa Sugar Glider ?: Seekor Sugar Glider dewasa bersaiz sekitar 5 hingga 6 inci panjang dengan ekor yang sama panjang dengan badannya untuk membantu keseimbangan tubuh mereka. Sugar glider memiliki telinga berbulu, berwarna kecoklatan dengan garis hitam panjang yang membentang dari hidung hingga ke hujung belakang. Bahagian bawah pula berwarna krim atau warna putih. Mereka mempunyai mata yang besar, seperti kebanyakan haiwan malam hari, untuk membolehkan mereka melihat dengan lebih tajam. Sugar Glider mempunyai lima kuku tajam pada setiap kaki depan dan belakang bagi membantu pergerakan mereka yang suka memanjat.

Lagi info tenteng Sugar Glider : Sugar Glider mempunyai saiz yang berbeza. Kebiasaannya bagi Sugar Glider Jantan ia mempunyai berat dalam lingkungan 120grams manakala, bagi Sugar Glider betina pula dianggarkan dalam linkungan 200gram dan ini tidak termasuk Sugar Glider yang mempunyai masalah kegemukan. Tahap suhu badan Sugar Glider pula di dalam linkungan 89 darjah. Jangka hayat Sugar Glider adalah 5 hingga 7 tahun tetapi ia boleh mencecah hingga 12 ke 15 tahun bergantung kepada cara pemakanan mereka. Kebiasaannya bagi Sugar Glider yang tidak mempunyai diet yang seimbang dan pemakanan yang tidak mencukupi hanya bertahan sehingga 6 ke 8 tahun sahaja.


Jantan & Betina:

Jantan
  • Mereka menandakan kawasan dengan bau yang terletak di leher, dada, kemaluan dan dahi. Bau tersebut hampir tidak terlihat ketika mereka berada dalam habitat yang bersih, pada diet yang baik, dan kesihatan yang baik.
  • Ia juga boleh dikenalpasti dengan melihat tompok botak di dahi dan juga dada.
  • Mempunyai zakar yang kadangkala boleh dilihat menonjol di kawasan bawah.
  • Tempoh matang dianggarkan sekitar 4 hingga 12 bulan dan kebiasaanya tanda botak sudah mula kelihatan
Betina
  • Boleh dikenalpasti dengan melihat kantung di bahagian bawah.
  • Tempoh matang sekitar 6 hingga 18 bulan bergantung kepada keadaan dan diet mereka. Risiko mengabaikan anak adalah besar bagi Sugar Glider yang masih muda.
  • Jangka masa pembiakan adalah antara 5 hingga 8 tahun.
  • Mempunyai anak sekitar 1 hingga 2 ekor dalam suatu masa. Namun begitu, kadangkala ia juga boleh melahirkan anak sehingga 4 ekor dalam satu-satu masa.