Pemilihan Sugar Glider



Pemilihan Sugar Glider


Apabila anda membuat keputusan untuk memiliki Sugar Glider, adalah digalakkan untuk memiliki Sugar Glider yang sudah mencapai umur 8 hingga 10 bulan. Pemilihan boleh dibuat dengan melihat kepada mata yang cerah dan bulu ekor yang lebat. Ia bererti Sugar Glider tersebut sudah bersedia untuk hidup berdikari dan tahu mencari makanannya sendiri. Setiap Sugar Glider mempunyai watak yang berasingan, sesetengah Sugar Glider hanya mendiamkan diri disebabkan persekitaran yang baru.

Satu atau Dua


Sugar Glider adalah binatang yang sosial. Kebiasaanya adalah digalakkan bagi penggemar Sugar Glider memiliki sekurang-kurangnya sepasang Sugar Glider. Ini bagi memastikan Sugar Glider anda tidak bersendirian,  dan harus DI INGAT bahawa Sugar Glider adalah binatang yang sosial dan mempunyai keinginan untuk bermain bersama - sama Sugar Glider yang lain. Ini adalah tanggungjawab yang perlu diketahui oleh penggemar Sugar Glider di luar sana.

Perasaan ingin bersama dengan pasangan, berinteraksi, bermain termasuk tidur di tempat yang hangat bersama adalah habitat semulajadi Sugar Glider. Jikalau ia tinggal bersendirian di dalam sangkar, ia akan membawa kepada kebosanan dan ia juga akan menjadi tidak aktif. Perlu diingat jangan terlalu memberikan makanan yang berlebihan kepada Sugar Glider anda jikalau ingin melihat Sugar Glider anda aktif. Pemakanan mereka perlu dijaga supaya mereka tidak menjadi Obesiti. Hanya mampu makan dan berdiam diri tanpa ada perasaan untuk bermain-main di dalam sangkar yang anda beli.

0 comments:

Post a Comment