Sangkar yang sesuai untuk Sugar Glider




 Kesesuaian sangkar untuk Sugar Glider anda.

- Measurement: 12.5" x 17.5" x 35" (3 feet cage)
- Comes with small door and bigger door
- 1 Big Water Bottle
- 1 Syampoo For Sugar Glider
- 1 Hammock
- 1 Flexible Rainbow Ladder
- 1 Exercise Wheel

All Pakage Are Only RM250

Okay di sini saya nak kongsi sedikit info tentang sangkar yang sesuai untuk sugar glider anda. Sangkar tersebut hendaklah mempunyai ketinggian yang bersesuaian supaya sugar glider anda bebas untuk bergerak memandangkan ia suka memanjat. Oleh itu, saranan saya kepada pembela-pembela yang baru berjinak untuk membela binatang peliharaan ini mengetahui sangkar yang sesuai untuk diletakkan sugar glider anda.

Mungkin pada umur 2, 3 bulan ia masih boleh diletakkan pada sangkar yang kecil tetapi apabila ia meningkat dewasa/besar adalah digalakkan supaya mencari sangkar yang bersesuai. Ini bagi mengelakkan sugar glider anda menjadi tidak aktif kerana tidak banyak pergerakan yang dapat dilakukan pada ruangan sangkar yang kecil. Anda boleh mandapatkan sangkar-sangkar yang sesuai di kedai-kedai peliharaan haiwan yang kebanyakannya ada menjual sangkar yang bersesuaian.

Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat pada mereka-mereka yang arif berkenaan kesuaian sangkar untuk sugar glider kesayangan anda.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin mendapatkan sangkar seperti gambar di atas anda boleh hubungi saya di nombor yang tertera atau melalui SMS. Harga bagi sangkar yang KOSONG tanpa aksesori juga boleh diperolehi melalui saya dengan harga RM130 sahaja.

Untuk makluman juga, pakej sangkar yang kecik sedikit daripada gambar sangkar diatas juga dijual dengan harga RM200. Harap maaf gambar sangkar tersebut tidak dapat di uplod buat masa ini.

Disertakan gambaran yang jelas bagi barangan yang akan anda perolehi mengikut pakej sangkar di atas :-

  1 Big Water Bottle                                              1 Syampoo For Sugar Glider



              1 Hammock                                                     1 Flexible Rainbow Ladder




         1 Exercise Wheel                                                    Full Cage With Pakage












Barangan Transformers untuk dijual



Hai kepada anda semua pelayar blog ini. Di sini saya ada sertakan gambar barangan Transformers yang masih baru untuk dijual. Kepada penggemar barangan Transfomers yang ingin mengabdikan barangan ini sila text msg kepada nombor saya atau hubungi nombor yang telah tertera (Ryzal : 017-3995596).

Dibawah adalah siri bagi barangan diatas :-

Cybertron Series
Warriors From Three Worlds

1) SCATTORSHOT - Vihicle Mode
2) REPUGNUS - Beast Mode
3) RANSACK GTS - Bike Mode

3 Pack Cyber Planet Keys Included

Harga bagi barangan ini ada RM120 (nego).

Paparan Video berkaitan Sugar Glider


Di sini saya sertakan sedikit paparan video yang diambil daripada laman Youtube yang mungkin boleh digunapakai oleh peminat-peminat binatang exotic ini. Kepada mereka yang dah ada pengalaman membela mahupun yang baru sahaja berjinak-jinak untuk menjadikan ia koleksi peliharaan anda bolehlah melihat video yang telah disediakan oleh saya untuk rujukan anda.


Dibawah pula saya sertakan Video yang telah dimuat turun daripada laman YOUTUBE berkaitan cara penjagaan Sugar Glider untuk tatapan dan pengetuan anda bersama.


Pelajari apa yang TIDAK harus dilakukan dengan sugar glider kesayangan anda, seperti membiarkan mereka pergi ke luar atau dimasukkan tali pada mereka. Dibawah disertakan lagi Video untuk memahami penjagaan sugar glider kesayangan anda.


Video di bawah pula adalah mengenai cara mengandalikan Sugar Glider kesayangan anda.


Sangat penting untuk anda mengetahui aksesori yang sesuai digunakan untuk diletakkan di dalam sangkar Sugar Glider. Kebanyankan di kedai haiwan mempunyai banyak pilihan untuk anda dapatkan aksesori yang bersesuai untuk diletakkan di dalam sangkar sugar glider anda. Di sini saya paparkan Video berkaitan aksesori untuk tatapan peminat-peminat diluar untuk rujukan.


Diet untuk Sugar Glider anda

Peminat Sugar Glider atau yang baru-baru berjinak untuk membela Sugar Glider perlu mengetahui berkaitan diet pemakanan Sugar Glider. Ini bagi memastikan Sugar Glider anda mendapat diet dan protien yang secukupnya selain ia boleh hidup lebih lama. Di sini saya ingin tekankan bahawa peminat atau penggemar binatang yang comel ini supaya belajar untuk mengetahui tentang diet pemakanan Sugar Glider anda tak kira lah samada anda boleh dapatkan info di dalam Internet ataupun di mana-mana kedai haiwan yang berdekatan.

Disini saya ingin berkongsi dengan anda sedikit info tentang diet pemakanan Sugat Glider. Mungkin ia sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan pemakanan Sugar Glider.

Disini saya sertakan 4 perkara penting yang anda perlu tahu sebelum memilih diet pada Sugar Glider anda

  • Sekurang-kurangnya 25% Protien (Lebih banyak lebih bagus)
  • Air
  • Calcium
  • Rendah lemak dan gula
Mari kita lihat huraian yang telah saya buat tentang diet pemakanan Sugar Glider

PROTIEN

Protein adalah bahagian penting daripada diet setiap glider, tetapi sangat penting bagi glider betina bagi proses perternakan. Telur rebus adalah sumber protein yang baik, kerana protein yang terdapat di dalam telur akan digunakan hampir sepenuhnya. Namun begitu, anda juga boleh memberikan telur burung puyuh yang telah direbus sepenuhnya. kerana kebiasaannya jikalau digunakan telur ayam akan dikhuatiri kuantitinya terlalu banyak.

AIR



Pastikan Sugar Glider anda diberi air yang secukupnya kerana air sangat penting untuk mereka. Glider ditakuti akan mati cepat kerana tidak mempunyai air yang mencukupi.