Diet untuk Sugar Glider anda

Peminat Sugar Glider atau yang baru-baru berjinak untuk membela Sugar Glider perlu mengetahui berkaitan diet pemakanan Sugar Glider. Ini bagi memastikan Sugar Glider anda mendapat diet dan protien yang secukupnya selain ia boleh hidup lebih lama. Di sini saya ingin tekankan bahawa peminat atau penggemar binatang yang comel ini supaya belajar untuk mengetahui tentang diet pemakanan Sugar Glider anda tak kira lah samada anda boleh dapatkan info di dalam Internet ataupun di mana-mana kedai haiwan yang berdekatan.

Disini saya ingin berkongsi dengan anda sedikit info tentang diet pemakanan Sugat Glider. Mungkin ia sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan pemakanan Sugar Glider.

Disini saya sertakan 4 perkara penting yang anda perlu tahu sebelum memilih diet pada Sugar Glider anda

  • Sekurang-kurangnya 25% Protien (Lebih banyak lebih bagus)
  • Air
  • Calcium
  • Rendah lemak dan gula
Mari kita lihat huraian yang telah saya buat tentang diet pemakanan Sugar Glider

PROTIEN

Protein adalah bahagian penting daripada diet setiap glider, tetapi sangat penting bagi glider betina bagi proses perternakan. Telur rebus adalah sumber protein yang baik, kerana protein yang terdapat di dalam telur akan digunakan hampir sepenuhnya. Namun begitu, anda juga boleh memberikan telur burung puyuh yang telah direbus sepenuhnya. kerana kebiasaannya jikalau digunakan telur ayam akan dikhuatiri kuantitinya terlalu banyak.

AIR



Pastikan Sugar Glider anda diberi air yang secukupnya kerana air sangat penting untuk mereka. Glider ditakuti akan mati cepat kerana tidak mempunyai air yang mencukupi.

1 comments:

Diet alternatif tinggi protein dan kalsium untuk sugar glider. Praktis,lebih higienis, teruji kandungan nutrisinya dan terbukti di sukai oleh sugar glider. Klik info detailnya pada link di bawah ini

Diet alternatif tinggi protein dan kalsium untuk sugar glider

 

Post a Comment