Penyakit Dan Rawatan Untuk Sugar Glider


Di bawah saya sertakan sedikit info berkaitan penyakit dan rawatan yang boleh diberikan kepada Sugar Glider kesayangan anda. Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan ingin berkongsi ilmu, bolehlah memberikan komen-komen di dalam page blog saya ini untuk tatapan bersama.

Obesity ATAU Kegemukan - Simpton kegemukkan Sugar Glider bermula bila badan dia start jadi bulat dan jadi malas serta tak aktif.

Rawatan yang disyorkan : pembela di cadangkan supaya mencari woodent wheel senior dan di tambah sedikit alat permainan untuk mereka bergayut didalam sangkar.

Trembling or shakiness/Bergetar atau menggigil - Lepas bangun dari tidur, badan Sugar Glider memang menggigil tetapi kalau simpton ini berlanjutan, sah Sugar Glider anda mempunyai masalah kekurangan kalsium.

Rawatan : Beli Calcium supplement yang boleh diperolehi di kedai-kedai pet shop yang berhampiran. Lagi elok diberi pada peringkat awal lagi. Selepas itu anda dinasihatkan supaya membuat rujukan/bantuan daripada veterinar.

Hair loss/Kehilangan bulu - Kalau anda perasan , Sugar Glider jantan mula membotak di area kepala, tetepi jangan risau, itu bermakna dia dah akil baligh. Tetapi jikalau bahagian-bahagian lain mula keguguran bulu ini sudah bahaya. Serangan fungkus dan kutu mungkin dah mula landing kat atas badan Sugar Glider anda. Kekurangan diet yang sihat juga memungkinkan simpton ini terjadi.

Rawatan : Jumpa veterinar/doktor haiwan lekas.

Lack of appetite/Kurang nafus makan -Penyakit jenis ini bawa banyak makna. Sama ada dia rasa stress pada tempat baru atau perut dia ada cacing/parasit. Diharap sebelum anda memberikan buah-buahan atau sayur-sayuran sila basuh terlebih dahulu sebelum memberikan makanan tersebut kepada Sugar Glider anda kerana dikhuatiri terkandung telur cacing di dalam buahan/sayuran tersebut. Anda juga boleh membuat pemeriksaan pada gigi Sugar Glider anda kerana berkemungkinan patah atau sakit.

Rawatan : kalau jenis baru beli dan bawa balik ke rumah tu, normal lah, jangan panik. Kalau dia tak mahu makan jugak, bawa jumpa doktor haiwan untuk bagi makan ubat cacing. Jangan pula anda beri dia ubat cacing zentel yang jual kat guardian farmasi.

Diarrhea/Cirit birit -Berak dia jenis berair. Kalau macam ubat gigi colgate tu, anda boleh berlagak cool sikit dan tak payah nak kecoh-kecoh. Tetapi kalau berak dia dah start basah, cair, takde rupa bentuk, itu cirit namanya. Mungkin disebabkan makanan yang anda baru pertama kali nak bagi kat dia. Makanan yang rosak/busuk dan parasit juga boleh disebabkan punca.

Rawatan : Cuba beri dia minum Glucose supplement(boleh diperolehi di kedai haiwan) dan Gatorade (atau apa-apa minuman isotonik yang tak bergas). Campur dengan air suam sedikit. Tambah makanan berfiber tinggi. Kalau dah tahap nazak sangat, bawa jumpa doktor haiwan cepat terutamanya bagi peringkat joey.

Dehydration/Dehidrasi/kurang air dalam badan - Muka dia nampak pucat, nampak ketat. Cuba cubit kulit balakang leher dia kalau kembali ke asal, anda selamat dan dia sihat.
Kalau kulit dia lambat kembali pada asal,dia kurang air dan anda kena bagi dia minum.

Rawatan : Air campur glucose dan gatorade (atau minuman isotonik tak bergas)
" 1water to 1 glucose mixture ratio."

Constipation/Sembelit - Kurang makan buah-buahan dan kurang minum air. Biasa time nak berak tu dia buat bunyi 'hissing'.

Rawatan : Satu sudu kecil pure apple juice 2 kali sehari.

Urinary Tract Infection - Penyakit susah nak kencing. Saluran kencing tersekat, masalah jangkitan kuman dan problem buah pinggang. Ini boleh jadi bila glider makan terlalu banyak high-protein, high-mineral diets. Seller biol tamak suruh anda bagi makan makanan kucing(cat food). Inilah jadinya. Glider akan jadi hilang berat badan, kurang nafsu makan, selalu haus, problem nak kencing, kemaluan macam terkeluar dan kadang-kala kencing berdarah.

Rawatan: bawa berjumpa veterinar untuk ambil antibiotik.

Hissing during urinating/Bunyi hissing masa kencing - Bukan bermakna dia tengah syok nak kencing. Ini adalah simpton awal kepada penyakit susah nak kencing.

Rawatan : Beli pure cranberry juice dan berikan satu sudu kecil setiap hari.

Cloudy Eyes/Mat jadi gelap putih-putih - Simpton awal buta,Terlalu banyak mealworms dan anda disyaki memberikan makanan kuaci(sunflower seeds).

Rawatan : kurangkan makanan yang boleh buat dia gemuk. Tukar diet dia dan buang kuaci tu.

Eye infection/Jangkitan pada mata - Mata glider akan berair dan bertaik mata.Glider anda akan asyik tidur dan mata dia akan kelihatan lebih kecil.

Rawatan : Lap mata glider anda menggunakan cotton bite dan gunakan air yang di steril. Jumpa veterinar untuk rawatan antibiotik atau steroids.

Cold or Flu/Demam - Anda akan perasan hidung glider akan nampak berair dan mereka selalu bersin. Bunyi nafas jadi kuat. Hidung basah sikit takpe, tak jadi kecoh tapi kalau dah berat sangat berairnya, itu demam selesema.

Rawatan : Anda disyaki memasang aircond kuat-kuat. Sangkar@cage sugar glider jadi lembab. Bau hapak. Jumpa veterinar dan kasi up vitamin C macam jus oren atau buah kiwi.

Hind Leg paralysis - Kelemahan pada kaki bahagian belakang. Nampak sangan masa dia tengah memanjat, berjalan dan sebagainya. Dia mungkin akan give up untuk berjalan selama-lamanya.

Rawatan : Kurang kalsium. Bawa berjumpa veterinar atau doktor haiwan. Tukar diet glider, Include calcium supplements sekali.

Apa-apa pun jikalau ada sebarang keraguan terhadap Sugar Glider anda, adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan Veterinar/Doktor haiwan yang berhampiran dengan kediaman anda. Ini bagi mengelakkkan daripada sebarang kemungkinan berlaku kepada Sugar Glider kesayangan anda. 

Untuk makluman, kos untuk membuat pemeriksaan ke atas Sugar Glider adalah tidak terlalu mahal.

Habuk kayu untuk PET anda


Kepada sesiapa yang ingin dapatkan habuk kayu untuk haiwan peliharaan anda seperti rabbit, hamster, ferret dan sebagainya. Anda dialu-alukan untuk menghubungi saya, SMS atau emailkan di exoticpet81@gmail.com untuk dapatkan maklumat lanjut.

BRAND CHIPSI CLASSIC


Harga : RM20.00
Inhalt : 60 LITER
Streu gepresst : 10 LITER
Penghantaran boleh dilakukan dan bergantung kepada tempat anda atau boleh juga berjumpa di mana-mana tempat bersesuaian.
Penghantaran menggunakan pos juga boleh dibuat dan akan dikenakan bayaran mengikut kepada postage daripada pihak POS.